Monday, February 7, 2011

Mesir

sekarang heboh tentang anak2 Malaysia di Mesir. Si dara lagi emosi. Sebab dua orang kawannya menuntut di Uni Cairo dan Uni Alexanderia...macam-macam.

kita doakanlah semoga semuanya selamat. amin..

Sunday, January 23, 2011

Rasa Orang Tua

bila semakin meningkat usia ni, nenek rasa makin susah mahu melepaskan anak-anak. entah, mungkin jiwa tua ni dah takut nak rasa sunyi lagi. yalah, zaman muda di habiskan mengerah keringat mencari rezeki untuk anak.

tadi pagi semasa sarapan, nenek membebel pada si dara suruh dia ambil lesen. bukan apa, nenek kadang-kadang bosan duduk di rumah. si suami? makin tua, makin ligat dengan motornya. jumpa itulah. jumpa inilah.

jadi kereta yang tersadai nenek rasa sayang pula kalau tak pakai. kalau nak harapkan si suami sentiasa, mahu kering nenek duduk di rumah. si dara ni suka keluar. kalau tidak bermotor dengan kawan, kawannya menjemput dengan kereta.

Tuesday, January 18, 2011

Bila Usia Jadi Tajuk Utama

kata orang..bila dah berusia...

: duduk umah jaga cucu jelah..

: masa nilah amal jariah kena kejar..kejar balik yang dah tertinggal...

: perangai tu udah-udah la..jangan macam orang muda duk he hulu ke hilir..duduk rumah tengok tv je..


itu kata orang. tapi bagi saya tak kiralah usia orang tu dah layak di panggil opah sekalipun, selagi dia tak melanggar tatasusila agama..tak salah kalau dia nak buat aktiviti macam anak-anak muda sekarang.

contohnya tengok wayang. janggal ye kalau dengar? tapi itulah yang saya buat baru-baru ni. si dara tanggung semua. dari pizza hut ke harry potter. saya tau ramai yang heran melihat saya dan suami menonton. rata-rata yang datang remaja.

yang datang hampir sebaya dengan si dara dan adik bongsunya. itu normal. ini gaya si dara dah macam bawak mak ayah pergi membeli barang-barang dapur saja.

setelah bertahun-tahun, baru kali ini saya merasa menonton wayang. entah. jangan di kira. mungkin sudah 30 tahun saya tinggalkan panggung wayang.

mungkin si dara faham dengan kebosanan saya di rumah lalu entah kenapa malam itu dia mengajak menonton. wayang bermula 9 pm. kami datang awal. oleh kerana tak mahu saya dan suami menunggu lama, si dara membawa kami ke pizza hut.

kalau di ikutkan, tekak saya tak masuk benda-benda macam ni. tapi nak buat macam mana, ini tempat kegemaran suami. entah apa orang tua tu tergilakan pizza. si dara tahu kegemaran saya seafood, tahu-tahu atas meja sudah ada sotong,kentang dan udang bersalut tepung. 

iya, sekali lagi saya melihat sekeliling. hanya saya dan suami orang veteren.

entah apa fikiran pasangan muda berbangsa cina di sebelah saya. dari awal kami datang asyik menjeling. mungkin di otaknya berkira-kira saya dan suami sebaya dengan ibu bapanya yang mungkin berada di rumah menjaga cucu atau tidur pasa saat itu.

pakaian saya juga tidak sesuai dengan umur agaknya. tidaklah seksi. tapi seakan-akan baju orang 'muda'. iya..sebenarnya itu baju si dara. saya kerap memakai baju si dara kerana sedang-sedang saja dengan badan. kalau kakaknya tentu tidak, kerna si kakak bertubuh kecil sedikit.

sampai pernah si dara merungut, katanya ibunya berfesyen seperti orang muda. mungkin kegilaan bergaya zaman muda dahulu terbawa-bawa hingga ke saat ini. tapi adakah sesuai dengan usia saya?

entah. saya tidak punya jawapan.  yang saya tahu, apa yang saya ingin pakai, akan saya tanya pada si dara. sesuai atau tidak. kena atau tidak. melampau atau tidak. dan saya tahu, pendapat si dara tidak pernah mengecewakan.

kalau buruk dia kata buruk. kalau lawa, dia kata lawa.

sesunggunya, usia bukan penghalang untuk kita terus hidup dan lakukan apa yang kita suka. cuma kadang kala  kita jangan terlalu egois untuk bertanya pendapat golongan muda samada di lihat manis atau tidak oleh orang sekeliling.

kerna tak semestinya kita yang tua sentiasa betul..jadi tidak salah meminta pendapat..bukankah itu lagi mengeratkan hubungan?... :)

Monday, January 17, 2011

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/juliasalleh52

Friday, January 14, 2011

Gadis Sekarang

pagi ni tempat nenek sejuk. hujan. dari malam tadi. nenek sempat terjaga malam tadi siap join si dara tengok fantastic 4. nenek memang nak tengok pun cerita ni, kebetulan nenek tertido awal. si bapaknya pulak duduk depan tv tertido tak bangun-bangunkan nenek bila cerita tu mula.

nenek terbangun bila dengar suara si dara yang gelak tengok cerita apa entah, dan dengkuran si bapaknya yang agak kuat. ya..suami saya berdengkur agak kuat.

sambil tengok mata dah macam minta tidur. nenek gagahkan jugak, semata-mata nak tengok abang badan batu. :D kelakar juga di budak api yang nakal tu. si dara pulak tak lepas-lepas memuji jessica alba. cantik katanya. ya..cantik. tapi secara peribadi bagi nenek, walau cantik macam mana pun seorang gadis itu, tapi tiada seri pulak bila tengok kalau bukan islam.

itu pendapat peribadi nenek. bukan sahaja gadis, malahan mana-mana manusia yang bukan beragama islam, nenek rasa tiada seri di wajah mereka. ahh..sudah. ayat orang tua. mulalah merapu. pendapat saya saja. jangan pulak ada yang kecil hati. maklumlah, orang tua ni bukan reti menelek kecantikan pun. hanya bagi pendapat.

gadis sekarang susah benar mahu di lihat yang betul-betul cantiknya asli. kalau dahulu, cantiknya seorang gadis dari tutur kata. cantiknya gadis dari lenggok jalan yang lemah lembut. cantiknya dia dari agamanya.cantiknya dia bila kurung menutup tubuhnya. tapi sekarang?

pada zaman yang moden ini, kecantikan seorang gadis bagi nenek datang dari hormatnya dia pada orang tua dan kemuliaan hatinya. tak kisahlah pemakaiannya seksi bagaimana. itu apa yang nenek lihat. zaman sekarang bukan seperti zaman nenek.

pergolakan urbanisasi dan teknologi merubah anak-anak gadis kita zaman sekarang yang makin hanyut dengan arus pembangunan. tiada lagi istilah "pakai tutup, dia gadis yang mulia" tidak.

betapa nenek risau akan hal ini. kesucian gadis bukan lagi terletak pada pandangan cara berpakaian. gadis yang kini telah lupa bahawa agama sahaja tidak cukup untuk menjadi utuh di zaman yang mencabar tapi hati dan pemikiran harus selari.

lihat saja di dada-dada akhbar, tv, malah internet, pelbagai versi cerita gadis yang agamanya tinggi tapi akhirnya murtad, melahirkan anak luar nikah dan banyak lagi. dan bagaimana pula gadis-gadis yang sering menunjuk susuk tubuh yang seksi?

lalu hal itu selalu nenek pesankan pada anak-anak, jangan kamu memandang serong pada seseorang waima dia seorang pelacur. nasibnya kemudia hari kita tidak tahu, mungkin lebih mulia dari nenek, mungkin lebih mulia dari anak-anak nenek.

mungkin itu yang merisaukan nenek bila si dara memberitahu dia di terima melanjutkan pengajian degree di Melaka tempoh hari. sepatutnya sekarang ini dia telah berada di sana. cuma bapaknya tidak memberi izin. kerna ada masalah kewangan. abangnya lebih lagi membantah. kerana takut satu-satunya si dara tidak selamat di sana.

nenek?nenek tidak menghalangnya walau kerisauan seorang ibu itu tetap ada. dia satu-satunya dara yang masih tinggal. kalau dia teruna, nenek tetap risau, apatah lagi dia. nenek faham akan desakan jiwa mudanya ingin mengembara ke dunia di luar kotak rumah.

nenek faham kerna dia banyak mewarisi perangai nenek berbanding kakaknya. walaupun kedua-duanya sama-sama anak yang memang berdikari, tapi si dara ini lebih banyak mewarisi perangai nenek. lagaknya seperti tomboy, berbanding kakaknya yang agak feminin.

dia suka bermain futsal. nenek pula bermain bola di zaman muda. jadi tidak harus nenek menghalang apa yang dia suka kerna nenek juga pernah muda. nenek juga dahulu anak gadis. nenek bersyukur juga kerana dia bukan jenis memberontak apabila inginkan sesuatu.

anak gadis kini ramai yang begitu. hanya kerana jiwanya kacau, pelbagai cara yang salah di pilih untuk melepaskan diri dari kemelut yang mereka tidak sanggup hadapi.

sebab itu nenek tidak mahu menuding jari pada siapa pun yang bersalah bila perkara ini berlaku walaupun ibu bapa sendiri. kadang kala, ibu bapa telah mendidik sebaiknya, selebihnya terpulang pada anak-anak untuk menggunakan akal fikiran dalam mencorak hidup di masa hadapan.

ibu bapa juga memainkan peranan penting. anak-anak zaman dahulu dan sekarang sama saja pada asasnya. masih perlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa. duit poket saja tidak cukup. kerna fitrah manusia itu sememangnya ingin menyayangi dan disayangi.

hargailah manusia yang ada dengan kita sementara masih ada... :)

Thursday, January 13, 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum...

suatu pagi, aku melihat anak daraku sungguh kyusuk di hadapan laptopnya. hingga aku masuk ke dalam bilik itu pun dia tidak sadar. dari belakang aku nampak dia melayari internet. entah apa yang di bacanya.

rupanya dia membaca blog. blog?.otak sudah terlalu tua mahu mencari maksud apa itu blog? yang aku tahu hanya menaip.

rupa-rupanya ianya laman dalam sesawang yang membolehkan sesiapa sahaja membuat karangan tanpa di ajar guru. ya, aku panggil ianya karangan kerana berjela-jela yang di taip.

mungkin faham akan kesunyian yang aku alami sejak anak semua meningkat dewasa, satu-satunya si dara yang masih tinggal berbesar hati mengajarku dunia blog. katanya tempat aku luangkan masa dan bersahabat atau boleh juga di jadikan tempat meluah rasa.

ini kali pertama aku menulis. ini kali pertama aku memecah tembok kebiasaan aku sebagai seorang ibu dan nenek yang hanya tahu berhias, tapi teknologi aku sungguh jauh ketinggalan.

ya..aku sudah menjadi seorang nenek. :) baru seorang cucu. cucu yang datang dari hasil anak kedua ku yang merantau di negeri isterinya. ahh..hati tua ini ingin saja aku suarakan agar dia balik membawa cucu yang tak pernah aku lihat itu. hanya melalui gambar-gambar yang di perlihatkan oleh si dara. katanya di ambil dari facebook.

jangan tanya aku apa itu facebook. aku hanya tahu menyebutnya. tapi untuk belajar apa itu facebook rasanya tidak perlu. sudah tengah hari. si dara dan bapaknya sebentar lagi balik. aku harus berhenti dahulu. mungkin esok atau lusa, aku akan mula menjelajah apa itu blog.


Assalamualaikum....