Sunday, January 23, 2011

Rasa Orang Tua

bila semakin meningkat usia ni, nenek rasa makin susah mahu melepaskan anak-anak. entah, mungkin jiwa tua ni dah takut nak rasa sunyi lagi. yalah, zaman muda di habiskan mengerah keringat mencari rezeki untuk anak.

tadi pagi semasa sarapan, nenek membebel pada si dara suruh dia ambil lesen. bukan apa, nenek kadang-kadang bosan duduk di rumah. si suami? makin tua, makin ligat dengan motornya. jumpa itulah. jumpa inilah.

jadi kereta yang tersadai nenek rasa sayang pula kalau tak pakai. kalau nak harapkan si suami sentiasa, mahu kering nenek duduk di rumah. si dara ni suka keluar. kalau tidak bermotor dengan kawan, kawannya menjemput dengan kereta.



si dara ni memang senang di ajak keluar. tapi itulah, kalau bermotor risau pulak.

dua tiga hari ni, mulut si suami asyik menyebut 'cucu'. teringat satu-satunya cucu yang di belum pernah nenek jumpa. tapi si abang dah berjanji mahu pulang bercuti dalam masa terdekat membawa cucu nenek. tidak boleh bercuti lama, kerana si abang sudah mula bekerja di tempat yang baru.

si dara menyakat nenek. katanya nenek tak sabar mahu jumpa cucu.

ahh..itulah rasa orang tua. bila berkahwin, mahu rasa ada anak. bila anak-anak dah besar, mahu lihat mereka berumah tangga. bila sudah ke tahap itu, mestilah keinginan bercucu membuak-buak. cuma nenek tidak mahu tunjuk.

dengan si dara, nenek sudah pesankan. jangan bercinta. gapai dulu kerjaya, kalau sudah stabil baru fikir bercinta.

risau juga melihat dia. walau tidaklah kerap bergayut di telefon, tapi nenek musykil juga. walau sikapnya kadang-kadang kasar tapi masih ada lembutnya. tak mustahil ada lelaki yang di kenalinya dapat melihat 'dia' yang sebenarnya.

rasa orang tua. mahu yang terbaik untuk anaknya. mujur juga si dara tak pernah mempersoalkan kenapa abang dan adiknya bebas bercinta tetapi tidak dia. ahh..biarkan anak dara itu berfikir. dia sudah 22. pasti dia faham dan tahu apa nenek mahu.

mungkin kita sebagai orang tua, sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak lalu sebaik mungkin kita mahu anak tidak sesekali tersalah langkah. tapi apakan daya, anak-anak kita dan kita pun manusia biasa. kita pun pernah remaja.

tapi anak-anak sekarang pelik. ada yang meningkah. ada yang menuduh kita mengongkong. ahh..kalau dia tahu hati orang tua, pasti dia mahu faham dan akur bukan?

tapi tidak apa...satu masa nanti..mereka juga akan tua..mereka juga akan faham..apa itu rasa orang tua...