Thursday, January 13, 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum...

suatu pagi, aku melihat anak daraku sungguh kyusuk di hadapan laptopnya. hingga aku masuk ke dalam bilik itu pun dia tidak sadar. dari belakang aku nampak dia melayari internet. entah apa yang di bacanya.

rupanya dia membaca blog. blog?.otak sudah terlalu tua mahu mencari maksud apa itu blog? yang aku tahu hanya menaip.

rupa-rupanya ianya laman dalam sesawang yang membolehkan sesiapa sahaja membuat karangan tanpa di ajar guru. ya, aku panggil ianya karangan kerana berjela-jela yang di taip.

mungkin faham akan kesunyian yang aku alami sejak anak semua meningkat dewasa, satu-satunya si dara yang masih tinggal berbesar hati mengajarku dunia blog. katanya tempat aku luangkan masa dan bersahabat atau boleh juga di jadikan tempat meluah rasa.

ini kali pertama aku menulis. ini kali pertama aku memecah tembok kebiasaan aku sebagai seorang ibu dan nenek yang hanya tahu berhias, tapi teknologi aku sungguh jauh ketinggalan.

ya..aku sudah menjadi seorang nenek. :) baru seorang cucu. cucu yang datang dari hasil anak kedua ku yang merantau di negeri isterinya. ahh..hati tua ini ingin saja aku suarakan agar dia balik membawa cucu yang tak pernah aku lihat itu. hanya melalui gambar-gambar yang di perlihatkan oleh si dara. katanya di ambil dari facebook.

jangan tanya aku apa itu facebook. aku hanya tahu menyebutnya. tapi untuk belajar apa itu facebook rasanya tidak perlu. sudah tengah hari. si dara dan bapaknya sebentar lagi balik. aku harus berhenti dahulu. mungkin esok atau lusa, aku akan mula menjelajah apa itu blog.


Assalamualaikum....