Friday, January 14, 2011

Gadis Sekarang

pagi ni tempat nenek sejuk. hujan. dari malam tadi. nenek sempat terjaga malam tadi siap join si dara tengok fantastic 4. nenek memang nak tengok pun cerita ni, kebetulan nenek tertido awal. si bapaknya pulak duduk depan tv tertido tak bangun-bangunkan nenek bila cerita tu mula.

nenek terbangun bila dengar suara si dara yang gelak tengok cerita apa entah, dan dengkuran si bapaknya yang agak kuat. ya..suami saya berdengkur agak kuat.

sambil tengok mata dah macam minta tidur. nenek gagahkan jugak, semata-mata nak tengok abang badan batu. :D kelakar juga di budak api yang nakal tu. si dara pulak tak lepas-lepas memuji jessica alba. cantik katanya. ya..cantik. tapi secara peribadi bagi nenek, walau cantik macam mana pun seorang gadis itu, tapi tiada seri pulak bila tengok kalau bukan islam.

itu pendapat peribadi nenek. bukan sahaja gadis, malahan mana-mana manusia yang bukan beragama islam, nenek rasa tiada seri di wajah mereka. ahh..sudah. ayat orang tua. mulalah merapu. pendapat saya saja. jangan pulak ada yang kecil hati. maklumlah, orang tua ni bukan reti menelek kecantikan pun. hanya bagi pendapat.

gadis sekarang susah benar mahu di lihat yang betul-betul cantiknya asli. kalau dahulu, cantiknya seorang gadis dari tutur kata. cantiknya gadis dari lenggok jalan yang lemah lembut. cantiknya dia dari agamanya.cantiknya dia bila kurung menutup tubuhnya. tapi sekarang?

pada zaman yang moden ini, kecantikan seorang gadis bagi nenek datang dari hormatnya dia pada orang tua dan kemuliaan hatinya. tak kisahlah pemakaiannya seksi bagaimana. itu apa yang nenek lihat. zaman sekarang bukan seperti zaman nenek.

pergolakan urbanisasi dan teknologi merubah anak-anak gadis kita zaman sekarang yang makin hanyut dengan arus pembangunan. tiada lagi istilah "pakai tutup, dia gadis yang mulia" tidak.

betapa nenek risau akan hal ini. kesucian gadis bukan lagi terletak pada pandangan cara berpakaian. gadis yang kini telah lupa bahawa agama sahaja tidak cukup untuk menjadi utuh di zaman yang mencabar tapi hati dan pemikiran harus selari.

lihat saja di dada-dada akhbar, tv, malah internet, pelbagai versi cerita gadis yang agamanya tinggi tapi akhirnya murtad, melahirkan anak luar nikah dan banyak lagi. dan bagaimana pula gadis-gadis yang sering menunjuk susuk tubuh yang seksi?

lalu hal itu selalu nenek pesankan pada anak-anak, jangan kamu memandang serong pada seseorang waima dia seorang pelacur. nasibnya kemudia hari kita tidak tahu, mungkin lebih mulia dari nenek, mungkin lebih mulia dari anak-anak nenek.

mungkin itu yang merisaukan nenek bila si dara memberitahu dia di terima melanjutkan pengajian degree di Melaka tempoh hari. sepatutnya sekarang ini dia telah berada di sana. cuma bapaknya tidak memberi izin. kerna ada masalah kewangan. abangnya lebih lagi membantah. kerana takut satu-satunya si dara tidak selamat di sana.

nenek?nenek tidak menghalangnya walau kerisauan seorang ibu itu tetap ada. dia satu-satunya dara yang masih tinggal. kalau dia teruna, nenek tetap risau, apatah lagi dia. nenek faham akan desakan jiwa mudanya ingin mengembara ke dunia di luar kotak rumah.

nenek faham kerna dia banyak mewarisi perangai nenek berbanding kakaknya. walaupun kedua-duanya sama-sama anak yang memang berdikari, tapi si dara ini lebih banyak mewarisi perangai nenek. lagaknya seperti tomboy, berbanding kakaknya yang agak feminin.

dia suka bermain futsal. nenek pula bermain bola di zaman muda. jadi tidak harus nenek menghalang apa yang dia suka kerna nenek juga pernah muda. nenek juga dahulu anak gadis. nenek bersyukur juga kerana dia bukan jenis memberontak apabila inginkan sesuatu.

anak gadis kini ramai yang begitu. hanya kerana jiwanya kacau, pelbagai cara yang salah di pilih untuk melepaskan diri dari kemelut yang mereka tidak sanggup hadapi.

sebab itu nenek tidak mahu menuding jari pada siapa pun yang bersalah bila perkara ini berlaku walaupun ibu bapa sendiri. kadang kala, ibu bapa telah mendidik sebaiknya, selebihnya terpulang pada anak-anak untuk menggunakan akal fikiran dalam mencorak hidup di masa hadapan.

ibu bapa juga memainkan peranan penting. anak-anak zaman dahulu dan sekarang sama saja pada asasnya. masih perlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa. duit poket saja tidak cukup. kerna fitrah manusia itu sememangnya ingin menyayangi dan disayangi.

hargailah manusia yang ada dengan kita sementara masih ada... :)