Tuesday, January 18, 2011

Bila Usia Jadi Tajuk Utama

kata orang..bila dah berusia...

: duduk umah jaga cucu jelah..

: masa nilah amal jariah kena kejar..kejar balik yang dah tertinggal...

: perangai tu udah-udah la..jangan macam orang muda duk he hulu ke hilir..duduk rumah tengok tv je..


itu kata orang. tapi bagi saya tak kiralah usia orang tu dah layak di panggil opah sekalipun, selagi dia tak melanggar tatasusila agama..tak salah kalau dia nak buat aktiviti macam anak-anak muda sekarang.

contohnya tengok wayang. janggal ye kalau dengar? tapi itulah yang saya buat baru-baru ni. si dara tanggung semua. dari pizza hut ke harry potter. saya tau ramai yang heran melihat saya dan suami menonton. rata-rata yang datang remaja.

yang datang hampir sebaya dengan si dara dan adik bongsunya. itu normal. ini gaya si dara dah macam bawak mak ayah pergi membeli barang-barang dapur saja.

setelah bertahun-tahun, baru kali ini saya merasa menonton wayang. entah. jangan di kira. mungkin sudah 30 tahun saya tinggalkan panggung wayang.

mungkin si dara faham dengan kebosanan saya di rumah lalu entah kenapa malam itu dia mengajak menonton. wayang bermula 9 pm. kami datang awal. oleh kerana tak mahu saya dan suami menunggu lama, si dara membawa kami ke pizza hut.

kalau di ikutkan, tekak saya tak masuk benda-benda macam ni. tapi nak buat macam mana, ini tempat kegemaran suami. entah apa orang tua tu tergilakan pizza. si dara tahu kegemaran saya seafood, tahu-tahu atas meja sudah ada sotong,kentang dan udang bersalut tepung. 

iya, sekali lagi saya melihat sekeliling. hanya saya dan suami orang veteren.

entah apa fikiran pasangan muda berbangsa cina di sebelah saya. dari awal kami datang asyik menjeling. mungkin di otaknya berkira-kira saya dan suami sebaya dengan ibu bapanya yang mungkin berada di rumah menjaga cucu atau tidur pasa saat itu.

pakaian saya juga tidak sesuai dengan umur agaknya. tidaklah seksi. tapi seakan-akan baju orang 'muda'. iya..sebenarnya itu baju si dara. saya kerap memakai baju si dara kerana sedang-sedang saja dengan badan. kalau kakaknya tentu tidak, kerna si kakak bertubuh kecil sedikit.

sampai pernah si dara merungut, katanya ibunya berfesyen seperti orang muda. mungkin kegilaan bergaya zaman muda dahulu terbawa-bawa hingga ke saat ini. tapi adakah sesuai dengan usia saya?

entah. saya tidak punya jawapan.  yang saya tahu, apa yang saya ingin pakai, akan saya tanya pada si dara. sesuai atau tidak. kena atau tidak. melampau atau tidak. dan saya tahu, pendapat si dara tidak pernah mengecewakan.

kalau buruk dia kata buruk. kalau lawa, dia kata lawa.

sesunggunya, usia bukan penghalang untuk kita terus hidup dan lakukan apa yang kita suka. cuma kadang kala  kita jangan terlalu egois untuk bertanya pendapat golongan muda samada di lihat manis atau tidak oleh orang sekeliling.

kerna tak semestinya kita yang tua sentiasa betul..jadi tidak salah meminta pendapat..bukankah itu lagi mengeratkan hubungan?... :)

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam ziarah , salam perkenalan.

Tie datang (dari Kayteeze's Blog) ingin berkenal mesra. Nampaknya bertambahlah blogger sekarang, ya.. haha...
Selamat datang ke dunia maya.

Tie memang teringin nak jadi muda semula. Bebas, berpakaian menarik, tapi memandangkan body pun dah out of shape, terpaksalah kekalkan imej makcik. Namun masih sedang berusaha untuk memudakan diri, insyaallah.

Apa-apa yang kita lakukan biarlah bersederhana. Walaupun orang tidak berhak untuk menegur, atas diri kita. Kalau kita merasa selesa dan tidak bertentangan dengan agama, mengapa tidak.

TIe dah lama tak ke panggung wayang, walaupun anak-anak ada mengajak. Tie malu laa... hihi... lagipun rasa lebih selesa tengok dvd sambil baring-baring depan tv (serta mengunyah!)

Err... maaflah, komen ni jadi berjela lak. Rasa macam kita ni dah kawan lama!
My recent post Bicara sepasang ayam belanda
Salam kembali.

terima kasih sebab sudi datang ke blog yang baru nak bernafas ni. itulah, bak kata anak saya, 'ibu kena maju, baru boleh jadi geng kitorang'. :)

saya ni, kalau dah si dara tu ajak pergi masuk hutan jungle tracking pun saya join. yelah, anak2 dah semua besar, esok hari dah jadi bini orang, masa masih dara ni la nak luangkan masa dengan dorang. esok2 dengan cucu pula.

haha...komen lah panjang mana pun tak apa. terharu pulak bila Tie masuk ke sini tambah terharu bila tinggalkan jejak. terima kasih ya?

:)

Post a new comment

Comments by